Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Baik pulih fasiliti, jalan di sekitar kawasan komersial

    Kita sudah merdeka selama 39 tahun, tetapi jalan raya terutamanya di sekitar kawasan tumpuan orang ramai masih lagi teruk, berlubang dan ada yang belum diturap.

    Ini tidak sepatutnya berlaku. Kita bukannya hidup pada zaman komunis di mana semua orang makan ubi kayu untuk terus hidup. Jangan jadikan ‘nada bajet’ sebagai alasan. Jika tiada bajet, adakanlah bajetnya. Ikhtiarkan supaya bajet itu ada.

    Kawasan komersial adalah nadi kepada ekonomi sesebuah negara. Jika keadaannya lemah, maka rapuhlah keadaan ekonomi negara kita secara amnya.

    Bayangkan, awda mahu membeli pakaian baharu. Namun, keadaan di dalam pusat beli-belah itu sangat usang. Lampunya malap, lantainya licin, udaranya berbau hapak. Pasti awda tiada ‘selera’ mahu membeli-belah dalam keadaan seperti itu bukan?

    Realitinya sekarang, banyak jalan di kawasan tumpuan orang ramai masih belum diselenggara dengan baik. Jalannya hanya dibina menggunakan konkrit yang mudah pecah, ada yang tiada petak, garisan letak kenderaan yang tidak jelas ataupun sudah pudar warnanya, ada juga yang kekurangan tanda arah sehingga menimbulkan kekeliruan.

    Semua ini adalah antara faktor kenapa persekitaran ekonomi di negara kita seperti hidup segan mati tak mahu.

    Maka, saya seru pihak yang terlibat supaya ambil iktibar dan bertindaklah segera.

    Cantikkan dan usaikan kawasan komersial. Turaplah jalan, baiki jalan yang pecah dan berlubang, bina lebih banyak lampu jalan yang terang, pastikan longkang dan saliran tidak tersumbat.

    Selesaikan hal-hal ini dahulu. Insya Allah orang ramai akan berterima kasih dan berbelanja di negara kitani.

    Perancang bandar berjaya

    Kawasan komersial yang bersih dan diselenggara dengan baik bukan sahaja dapat menaikkan mood orang ramai untuk berbelanja, malah dapat menarik minat para pelancong untuk bertandang ke Brunei. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...