Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Baik pulih segera titian goyah

    Keindahan dan kesejahteraan Kampong Ayer di Brunei Darussalam merupakan warisan berharga negara yang perlu dijaga dan dipulihara. Namun, kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk kampung kini tergugat akibat masalah penyelenggaraan titian yang tidak diurus dengan baik oleh pihak berkenaan.

    Masalah tersebut menimbulkan kekecewaan mendalam dalam kalangan penduduk yang sudah terabaikan begitu lama.

    Kekecewaan penduduk semakin memuncak setiap kali mereka harus berhadapan dengan bahaya dari titian-titian yang hampir roboh. Anak-anak kecil, orang tua, mahupun yang dalam keadaan sakit, semuanya terpaksa melintasi titian tersebut dalam penuh rasa bimbang.

    Setiap kaki yang melangkah di titian itu disertai dengan perasaan penuh ‘bauri’.
    Walaupun telah dilaporkan berulang kali kepada pihak berwajib, namun respons yang diterima oleh penduduk hanyalah janji-janji kosong dan ‘cakap tak serupa bikin’.

    Antara alasan yang diberikan ialah ketiadaan kayu yang mencukupi dari syarikat pembekal, bajet tidak mencukupi dan tidak ramai lagi yang tinggal di Kampong Ayer menjadikan pihak berkuasa takut usaha membaik pulih akan menjadi sia-sia.

    Bagaimanapun, penulis maklum dengan cadangan yang disuarakan semasa permesyuaratan MMN baru-baru ini, yang mana titian tersebut akan dibina semula menggunakan konkrit.

    Namun penulis dan penduduk lainnya sangat-sangat berharap agar janji itu dikotakan dan dilaksanakan secepat mungkin kerana jika dilambatkan dikhuatiri akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Muhammed Farid

    GAMBAR OLEH MUHAMMED FARID

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Lampu biru dinyalakan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV - Sempena...

    Kerja penurapan aspal di jambatan SHOAS

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDRA SERI BEGAWAN, 5 NOV –...

    Mangsa kebakaran terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV - 12...

    Syarikat kena kompaun, gagal patuhi syarat Kebenaran Perancangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Sebuah syarikat telah...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...