Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Baiki jalan kawasan Batu Bersurat

    Pengalaman saya sejak di bangku sekolah hingga kini sudah bekerja tidak pernah lekang daripada melalui kawasan Batu Bersurat, khususnya laluan masuk ke kawasan membeli-belah yang semakin pesat membangun.

    Namun, apa yang mendukacitakan ialah keadaan jalan yang masih berlopak besar, seolah-olah tiada perubahan sejak lebih 10 tahun lamanya. Keadaan ini bukan sahaja memberi imej kurang baik kepada kawasan berkenaan, malah turut menimbulkan rasa kurang selesa kepada pengguna jalan raya dan pelanggan yang datang membeli-belah di sekitar kawasan tersebut.

    Masalah jalan berlopak ini bukan perkara kecil kerana ia memberi kesan terus kepada keselamatan dan kenderaan orang ramai. Saya sendiri pernah menyaksikan beberapa pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan secara mengejut untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam lubang yang besar. Lebih membimbangkan, ada antara lubang berkenaan sudah mendedahkan lapisan dawai, sekali gus boleh merosakkan tayar dan sistem bawah kenderaan. Jika keadaan ini dibiarkan, ia bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan kepada pemandu, malah berpotensi mengundang kemalangan.

    Sekiranya masalah ini berpunca daripada pihak pemaju hartanah swasta, saya berharap mereka dapat segera melaksanakan kerja-kerja pembaikan demi menjaga keselesaan dan keselamatan pengguna. Kawasan Batu Bersurat kini menjadi salah satu lokasi tumpuan orang ramai dengan kewujudan pelbagai premis baharu dan jalan yang terurus sudah tentu akan meningkatkan lagi daya tarikan pengunjung. Jika kelewatan berpunca daripada isu perbincangan antara penyewa atau pemilik hartanah, saya menyeru agar toleransi dan keutamaan diberikan kepada kesejahteraan pelanggan.

    Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, kerja penampalan segera boleh dilaksanakan pada kawasan yang paling teruk, manakala rancangan jangka panjang wajar melibatkan kerja-kerja naik taraf keseluruhan jalan. Selain itu, pihak berwajib boleh menetapkan garis panduan penyelenggaraan berkala agar masalah sama tidak berulang.

    Saya berharap cadangan ini diberi perhatian sewajarnya kerana jalan raya yang baik bukan sekadar infrastruktur asas, tetapi juga lambang kemajuan serta penghormatan kepada kesejahteraan pengguna. Lebih-lebih lagi di kawasan yang semakin berkembang seperti Batu Bersurat, imej kawasan akan lebih terserlah sekiranya aspek kemudahan asas dititikberatkan.

    Farid Hanafi

    Gambar Freepik
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Pemberigaan RKN12 ke Tutong

    Oleh Sim Y. H. TUTONG, 19 NOV - Dengan matlamat...

    Remaja telan 100 magnet jalani pembedahan usus

    WELLINGTON, 24 OKT - Seorang remaja lelaki berusia 13...

    AS tarik balik udang sejuk beku tercemar radioaktif

    WASHINGTON, 20 OGOS - Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat...

    Bolehkah tayar meletup ketika dipam?

    Di Malaysia, insiden yang menimpa dua pekerja kedai tayar...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...