Sunday, January 19, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiknya hati Anzalna Nasir

    Pelakon Anzalna Nasir sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati terutama dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

    Kali ini, pelakon berusia 35 tahun itu bersimpati dengan nasib seorang kanak-kanak bernama Mas Muhammad Luth, 4, yang menghidap high grade glioma peringkat empat yang juga penyakit jarang ditemui di dunia.

    Susulan itu, Anzalna mengambil inisiatif membantu mengumpulkan sejumlah dana bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

    “Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit.

    “Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.

    Anzalna harap rakyat Malaysia bantu kumpul dana untuk adik Luth. – Kosmo

    “Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi.

    “Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih,” katanya.

    Menurut mStar, Anzalna berkata ibu kepada Luth yang dikenali sebagai Hazirah merupakan kenalannya malah dia juga merupakan seorang ibu tunggal yang perlu menyara tiga orang cahaya mata yang lain.

    Jelas Anzalna, emosi Hazirah terganggu memandangkan beban yang ditanggung ketika ini amat berat.

    Berkongsi mengenai keadaan Luth, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu penyakit yang dihadapi kanak-kanak berkenaan merupakan sejenis tumor di kepala yang agresif dan perlu dirawat dengan segera. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda