Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bailly terlepas Piala Super Eropah

    LONDON, 25 Julai – Pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly akan terlepas perlawanan Piala Super Eropah menentang Real Madrid bulan depan, selepas UEFA mengenakan pemain Ivory Coast itu penggantungan tiga perlawanan kelmarin.

    Bailly telah diarah meninggalkan padang selepas kelakuan ganas dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Europa menentang Celta Vigo pada bulan Mei bagi peranannya dalam satu pertengkaran di saat-saat akhir perlawanan yang berkesudahan 1-1 di Old Trafford.

    Dia digantung dalam kemenangan 2-0 ke atas Ajax di pentas final dan akan diketepikan dalam dua lagi perlawanan, termasuk pertembungan 8 Ogos Piala Super menentang juara Liga Juara-Juara, Real di Skopje, Macedonia.

    Bailly juga akan terlepas perlawanan pertama United dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, yang mana undian akan dibuat pada 24 Ogos.

    Pemain berusia 23 tahun itu menikmati musim pertamanya selepas menyertai United dari Villarreal pada tahun 2016 dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai 30 juta pound. – AFP

    Insiden kad merah Eric Bailly (tengah) dan pemain Celta Vigo dalam persaingan separuh akhir Liga Europa di Old Trafford. Bailly telah dikenakan penggantungan tiga perlawanan oleh UEFA. - AP
    Insiden kad merah Eric Bailly (tengah) dan pemain Celta Vigo dalam persaingan separuh akhir Liga Europa di Old Trafford. Bailly telah dikenakan penggantungan tiga perlawanan oleh UEFA. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda