Friday, November 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baim Wong elak baca komen negatif

    Pelakon dan pengarah dari Indonesia, Baim Wong mengakui mengelak membaca komen negatif dalam media sosial berkaitan perceraian dengan Paula Verhoeven.

    Baim berkata, perkara itu dibuat demi kebaikan atas faktor dirinya sensitif.

    “Ada yang perlu dibaca dan ada yang tidak. Saya orangnya sensitif, kadang-kadang kalau terbaca, saya terfikir. Jadi, lebih baik tidak baca.

    “Tetapi saya tidak pernah salahkan orang dan jangan dendam dengan orang yang cakap negatif kerana tenaga negatif itu akan berbalik kepada kita.

    “Jadi, saya begini saja apa adanya.

    Baim mengaku hubungan dengan Paula baik-baik sahaja. – mStar

    Lakukan apa kerja dan dari dahulu, saya seperti ini. Saya pun tidak tahu akan terjadi seperti ini (bercerai). Cuma doakanlah sahaja yang terbaik,” katanya pada majlis tayangan filem pertama arahannya, Lembayung di GSC Tropicana Gardens Mall, kelmarin.

    Baim membuat permohonan cerai ke atas Paula Verhoeven di Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 7 Oktober lalu, lapor BH Online.

    Baim berkata proses perceraiannya masih diteruskan dan memohon doa yang baik-baik buat keluarganya dan Paula.

    “Kekuatan datang dari diri sendiri, jangan benci siapa-siapa pun dan kalau sudah jujur, tidak perlu takut. Itu sahaja,” katanya.

    Apabila ditanya sama ada masih berhubung bersama bekas isterinya, Baim mengiyakannya.

    “Iya, kami masih berhubung melalui WhatsApp. Doakan sahaja yang terbaik,” katanya ringkas.

    Baim turut berkongsi dia tiada masalah melihat penampilan Paula dalam filem Lembayung. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda