Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baim Wong fail cerai terhadap isteri

    Spekulasi keretakan rumah tangga pelakon Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu dilaporkan memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven, kelmarin.

    CNN Indonesia melaporkan permohonan cerai itu dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

    Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim.

    “Betul iya, Baim ada failkan penceraian,” katanya.

    Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat warganet selepas Paula dilihat menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran Baim.

    Pasangan itu bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungan perkara itu.

    Bukan itu sahaja, Baim turut mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.

    Untuk rekod, Baim dan isteri iaitu Paula Verhoeven telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. – Agensi

    Baim memfailkan cerai terhadap Paula pada Isnin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda