Saturday, April 19, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baim Wong, Paula sah bercerai talak satu

    Perkahwinan tujuh tahun pasangan pelakon Baim Wong, 44, dan Paula Verhoeven, 38, berakhir dengan perceraian di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, semalam.

    Mereka sah bercerai talak satu apabila Baim berjaya membuktikan Paula memang berlaku curang dengan kewujudan orang ketiga ketika masih bergelar isterinya.

    Hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan Suryana berkata, perceraian itu berlaku selepas Paula terbukti nusyuz dan tidak menjaga kehormatan diri serta mengkhianati hubungan suami isteri.

    “Sepanjang persidangan berlangsung, bukti disampaikan mengenai pertengkaran dalam rumah tangga terbukti benar.

    “Permohonan untuk perceraian diterima oleh mahkamah kerana terbukti Paula isteri yang nusyuz dengan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

    Baim Wong memfailkan cerai kepada isterinya, Paula Verhoeven, atas dakwaan berlaku curang. – mStar

    “Jadi, Paula tidak berhak menerima nafkah edah dan nafkah madiah yang dituntutnya daripada Baim,” jelas Suryana lagi.

    Terdahulu, Paula menuntut nafkah madiah sebanyak RM26,209 atau 100 juta rupiah (Rp) setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM209,672 (Rp800 juta) kerana mengambil kira proses perceraian berlangsung selama lapan bulan.

    Bagi nafkah edah, Paula membuat tuntutan RM52,418 (Rp200 juta) sebulan, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM157,254 (Rp600 juta).

    Sebelum itu, tuntutan perceraian terhadap Paula dibuat oleh Baim di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada 7 Oktober tahun lalu.

    Pengarah filem Lembayung itu memberitahu puncanya memfailkan cerai kerana Paula didakwa berlaku curang dan ia dinafikan wanita itu dengan tegas, menurut laporan BH Online.

    Hasil perkongsian hidup Baim dan Paula yang berkahwin pada November 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3, dan Kenzo, 2.

    Susulan perceraian itu, mahkamah menetapkan hak penjagaan anak diberikan secara sama rata dengan bergilir-gilir menjaga dua anak selama dua minggu sekali. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda