Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Baim Wong teruk kena kecam

    Pelakon Indonesia Baim Wong menerima kecaman hebat dalam kalangan warganet gara-gara video prank keterlaluan yang dimuat naiknya, juga melibatkan pihak ber kuasa tempatan.

    Susulan apa yang berlaku, Baim tampil memohon maaf dan mengakui ia adalah kesilapan diri sendiri selain terbuka menerima teguran orang ramai selepas ini.

    “Saya mohon maaf atas kesalahan yang dibuat. Kita harus menghor-mati institusi pemerintahan.

    “Saya terima semua teguran. Sememangnya harus seperti itu. Jadi tolonglah tegur jika saya buat salah. Teruslah menegur supaya saya boleh belajar,” katanya.

    Baim sebelum itu meminta isterinya iaitu Paula Verhoeven hadir ke balai polis daerah Kebayoran Lama bagi membuat laporan berkenaan isu keganasan rumah tangga terhadapnya.

    Sedar tindakan sengaja membuat content sebegitu adalah satu tindakan salah, Baim bagaimanapun merasakan dirinya ego walaupun sudah dinasihati isteri agar tidak berbuat demikian.

    “Sebenarnya Paula sudah mengingatkan saya tentang hal ini. Namun disebabkan ego saya tetap buat,” jelasnya seperti yang dipetik dari Detik. – Agensi

    Buat video prank lapor polis keganasan rumah tangga, Baim Wong teruk kena kecam. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...