Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bajet 2023: dasar tenaga menyeluruh diperlukan

    KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Dasar tenaga Malaysia yang komprehensif untuk memastikan parameter sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam keadaan seimbang diperlukan, kata Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

    Presidennya S. Piarapakaran menggesa kerajaan agar ia dilaksanakan.

    Walaupun peralihan campuran bahan api dan tenaga yang besar akan berlaku dalam tiga dekad akan datang, adalah penting bagi kerajaan untuk mengambil kira kegagalan masa lepas yang secara tidak adil mengakibatkan rakyat Malaysia dan sektor ekonominya menanggung kos yang lebih tinggi.

    “Kerajaan mesti melihat ke arah pelaksanaan tenaga yang cekap berskala penuh di seluruh sektor. Adalah penting untuk memastikan corak penggunaan tenaga bergerak ke arah penyelesaian yang lebih cekap melalui perubahan tingkah laku, baik pulih teknologi dan pengubahsuaian.

    “Kecekapan adalah parameter utama dalam memastikan keluk permintaan tenaga lebih rata. Selain itu, penyelesai-an teknologi yang dipilih mesti dibuat selepas kajian yang betul mengenai Analisis Kitaran Hayat dilakukan untuk memastikan kita tidak menghadapi masalah alam sekitar baharu,” katanya kepada Bernama, semasa menyenaraikan harapan persatuan untuk pembentangan Bajet 7 Oktober 2023.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini mengulangi komitmen negara terhadap peralihan tenaga rendah karbon. Dasar Tenaga Negara 2021-2040 dijadualkan akan dilancarkan hujung tahun ini.

    Piarapakaran berkata kerajaan juga mesti ‘memilih dan memadankan’ sumber tenaga dengan berhati-hati untuk memastikan sektor swasta dan awam tidak melabur secara berlebihan dalam infrastruktur. – Bernama

    Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi taklimat pada Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia di Giat Mara Tanjung Sedili. Datuk Seri Muatapa mengulangi komitmen negara terhadap peralihan tenaga rendah karbon. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...