Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Baju, kasut guna duit curi turut dirampas

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Seorang pengawal keselamatan telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun, Khamis lalu, selepas dia mengaku bersalah mencuri di sebuah bangunan di bawah jagaannya.

    Pendakwa raya Abdul Musawwir bin Haji Awang Mahli mendedahkan di mahkamah bahawa Muhammad Noor Azim bin Samrey telah ditugaskan untuk menjaga apartmen di Jalan Maulana, Kuala Belait.

    Bagaimanapun defendan telah melanggar amanah yang telah diberikan oleh majikannya dan penghuni apartmen dengan melakukan kegiatan curi.

    Pada 13 Oktober jam 8 pagi, defendan yang baru saja tamat bertugas, tidak pulang ke rumah sebaliknya telah mengambil kunci bilik apartmen dari kawasan penerimaan tetamu.

    Dia kemudian pergi ke unit dan mencari barang berharga.

    Di dalam bilik tidur unit itu, defendan berjaya mengambil wang tunai dari dalam seberkas pakaian yang berjumlah $7,000 dan AS$2,000 dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.

    Penyewa yang menyedari wangnya hilang terus melaporkannya kepada pihak pengurusan dan apabila CCTV diperiksa ternampak defendan telah memasuki unit pangsapuri pada waktu tersebut.

    Polis kemudian dihubungi dan membawa kepada penahanan defendan.

    Defendan berkata dia membayar sebahagian hutangnya dengan wang tersebut dan sebahagiannya digunakan untuk membeli-belah di Miri.

    Polis menemui semula wang tunai $1,800 dan merampas pakaian serta kasut yang dibeli oleh defendan dari Miri menggunakan wang tunai yang dicuri itu.

    Semasa menjatuhkan hukuman tersebut, Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner menekankan mengenai kerugian besar yang ditanggung mangsa, pecah amanah dilakukan oleh defendan sebagai pengawal keselamatan dan keperluan bagi membendung kesalahan sedemikian daripada berleluasa pada masa ini.

    Gambar hiasan. – Freepik

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...