Tidak sampai setengah jam Taylor Swift memuat naik foto berita pertunangannya dengan pemain bola sepak NFL, Travis Kelce di Instagram, dress yang dipakai penyanyi berkenaan terus habis dijual.
Menurut laporan Teen Vogue, baju belang rona hitam putih rekaan Polo Ralph Lauren yang digayakan Taylor dalam foto romantis bersama Travis itu licin diborong peminat di seluruh dunia.
Padanan dress potongan smocked bodice dengan skirt midi A-line itu bukan sahaja kelihatan menawan serta klasik tetapi juga menepati cita rasa musim panas gaya santai dan feminin.
Dengan harga diskaun sekitar AS$319.99di laman web rasmi, Polo Ralph Lauren dan harga jualan asal AS$398 di Revolve, kedua-dua laman web ini melaporkan kehabisan stok hanya selepas satu hantaran foto yang dimuat naik oleh Taylor.
Terdahulu , Taylor mengumumkan dia dan kekasih kini sudah bertunang selepas dua tahun bercinta.
Penyanyi lagu Love Story ini turut menerima cincin pertunangan rekaan khas Travis sendiri bersama bantuan pereka barang kemas terkenal, Kindred Lubeck.
Difahamkan, lamaran tersebut sebenarnya telah berlaku beberapa minggu lebih awal.
Untuk rekod, Taylor dan Travis dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn. – Agensi


