Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakal berangkat ke Hungary

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Negara ke Hungary pada 18 November atas undangan Presiden Hungary, Tuan Yang Terutama Dr Tamás Sulyok.

    Semasa di Budapest nanti, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijangka akan mengadakan majlis-majlis perjumpaan secara berasingan bersama TYT Dr Tamás Sulyok dan Perdana Menteri Hungary, TYT Viktor Orban, bagi mengeratkan hubungan dua hala dan se-terusnya mempertingkatkan lagi kerjasama dalam bidang yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara.

    Keberangkatan Negara itu merupakan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia buat pertama kalinya ke Hungary. Sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada 21 Januari 1992, kedua-dua buah negara telah menikmati hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala yang erat, termasuk melalui hubungan dialog ASEAN-Kesatuan Eropah.

    Keberangkatan itu akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk membincangkan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu antarabangsa yang berkepentingan bersama.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah akan berangkat mengadakan Keberangkatan Negara ke Hungary pada 18 November atas undangan Presiden Hungary, TYT Dr Tamás Sulyok. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda