Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakal berangkat ke United Kingdom

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Majlis Penutup Advanced Command and Staff Course ke-28 bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen di United Kingdom (UK).

    Majlis berkenaan akan berlangsung pada 18 Julai di Akademi Pertahanan UK, Shrivenham, Swindon, UK.

    Advanced Command and Staff Course ke-28 merujuk kepada jurusan tertentu kursus Advanced Command and Staff yang ditawarkan oleh Akademi Pertahanan UK.

    Ia merupakan program pendidikan tentera profesional yang direka khas untuk melengkapkan pegawai kanan bagi menjawat jawatan penting dan kanan.

    Kursus tersebut biasanya dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai cabang Angkatan Tentera British serta pegawai tentera antarabangsa.

    Sebelum ini, Duli Yang Teramat Mulia telah berjaya menamatkan Latihan Kursus Single Engine Rotary Wing Siri 191 pada tahun 2018; Kursus All Arms Commando pada tahun 2021 dan Kursus Asas Terjun Payung 1317 pada tahun 2022.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat pada Majlis Penutup Kursus Asas Terjun Payung 1317 dan Pengurniaan Lencana Terjun Payung ‘British Military Parachute Wings’ bagi paduka anakanda baginda, DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang berlangsung di Royal Air Force (RAF) Brize Norton, Oxfordshire, United Kingdom pada 23 September 2022. – GAMBAR INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda