Tuesday, April 15, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakal berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis yang akan berlangsung pada 17 April ini di Perlis, Malaysia.

    Keberangkatan Baginda menghadiri Sambutan Jubli Perak yang bersejarah itu nanti merupakan atas Warkah Persilaan daripada Raja Negeri Perlis, yang disembahkan oleh Tengku Syarif Bendahara Perlis, Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Badaruddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Januari lalu di Istana Nurul Iman.

    Warkah Balasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian disembahkan oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, kehadapan majlis DYMM Tuanku Raja Perlis pada 24 Mac lalu di Istana Arau, Perlis.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. – Gambar JPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda