Pelakon Johan Asa’ari, mengakui sudah bersedia menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya yang juga pengusaha ladang penternakan lembu selepas lebih setahun berkenalan. Johan berkata, jika tiada aral, 2020 bakal menyaksikan dia melangkah ke alam perkahwinan dan berharap niat sucinya itu dipermudahkan. “Walaupun berjauhan kerana dia berada London, kami masih lagi berhubungan. Dia baharu sahaja menghantar mesej