Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

    SEPANG, 26 MEI – Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

    Ditemui pemberita selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10:30 malam.

    “Saya dimaklumkan dua hari lepas, kita terima berita dukacita kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun.

    “Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah,” katanya.

    Mohd Na’im berkata TH akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.

    “Saya sendiri telah hubungi waris iaitu anak Allahyarham dan menaklumkan TH akan sediakan perkhidmatan badal haji untuk ayahnya,” katanya.

    Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji untuk orang yang meninggal dalam keadaan belum haji dan ia juga dapat dilaksanakan bagi orang yang secara fisik sudah tidak mampu melaksanakannya.

    Sementara itu, beliau mengingatkan bakal jemaah haji untuk memberi sepenuh perhatian terhadap ibadat haji serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

    Beliau berkata operasi haji dikendalikan TH ketika ini berjalan lancar, dengan 16,000 bakal jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Mekah sejak penerbangan pertama pada 9 Mei. – Bernama

    Seramai 282 bakal jemaah haji yang berlepas pada 1:30 tengah hari tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1) mendengar ucapan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...