Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakal kendali program bual bicara

    Pelakon, Janna Nick akan mengembangkan lagi sayap dalam bidang pengacaraan apabila muncul dengan program bual bicara, tahun depan.

    “Insya Allah, saya akan terbabit dengan rakaman program baharu berkonsep bual bicara, juga untuk TV3, tahun depan. Ia sebuah program santai dan menyeronokkan. Cuma, saya belum boleh bercerita lanjut mengenainya, buat masa ini. Peluang untuk mengacarakan rancangan terbabit juga hadir ketika saya bersama Melodi. Jujurnya, saya sendiri tidak sabar untuk mengacarakan program terbabit,” katanya ketika ditemui pada acara Melodi Salute bersempena 30 tahun program berkenaan, baru-baru ini.

    Bintang Syurga Nur dan Leftenan Zana itu juga berkata, percaturannya mencabar diri mengacarakan Melodi bersama Ajak Shiro adalah tepat.

    “Saya rasa tiada salahnya memilih Melodi sebagai platform pertama untuk mengasah bakat dalam pengacaraan. Malah, kini pasukan kerjanya sudah seperti keluarga sendiri walaupun baru dua tahun saya bersama mereka. Melodi banyak memberikan pengalaman berharga untuk saya, selain ilmu yang tidak mungkin saya peroleh di mana-mana institusi. Saya takkan lupakan Melodi sampai bila-bila,” katanya.

    Sementara itu, tiga dekad bersiaran, rancangan hiburan sensasi itu dilihat kekal relevan ketika program dalam talian dikatakan semakin mendapat tempat di hati penonton. – Agensi

    Janna berkata, percaturannya mencabar diri mengacarakan Melodi bersama Ajak Shiro adalah tepat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Petua topeng muka