INDIANAPOLIS, 16 Julai – Seorang wanita Indiana membatalkan majlis perkahwinannya berharga AS$30,000, semalam meraikan gelandangan pada majlis itu di tempat yang ditempahnya.
Sarah Cummins memberitahu Indianapolis Star, dia membatalkan perkahwinannya seminggu lalu namun enggan memberikan alas an.
Dia bagaimanapun tidak boleh mendapat semula bayaran kontrak bagi majlis perkahwinannya di Ritz Charles di Carmel dan hidangan untuk 170 tetamu.
Cummins mengatakan dia memutuskan untuk tidak membazirkan makanan itu dan akan membuat kebajikan serta segera menghubungi rumah perlindungan gelandangan tempatan.
Sebuah bas sekolah tiba di kawasan itu dari sebuah organisasi dan kira-kira sedozen veteran gelandangan menyertai majlis itu. Mereka disambut oleh Cummins dalam pakaian tanpa lengan dan seluar berwarna pastel berbanding gaun kahwin.
“Bagi saya ia adalah satu peluang untuk membiarkan orang-orang ini merasa berada di tempat seperti ini sama seperti orang lain,” kata Cummins. – AP