Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakal tampil bersama artis Indonesia

    Penyanyi sensasi, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, mengongsikan bakal tampil dalam Konsert Goyang Asia Koplo Milenia di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara pada 12 Ogos depan.

    Diminta mengulas pembabitannya dalam konsert itu, Baby Shima berkata, dia teruja berkongsi pentas dengan penyanyi dangdut popular dari Indonesia.

    “Saya tidak sabar beraksi satu pentas bersama rakan-rakan penyanyi dangdut dari Indonesia bergoyang di Malaysia. Harap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri muzik tanah air.

    “Bercakap mengenai persiapan, saya tiada membuat persiapan. Saya langgar sahaja dan membuat persembahan macam biasa. Apa yang keluar ketika persembahan, itulah jadinya.

    “Selebih saya serahkan kepada penganjur yang berhempas pulas mengeluarkan bajet untuk menjayakan konsert ini. Sebagai artis, saya hanya bekerja untuk menjayakan konsert ini,” katanya.

    Selain Baby Shima, konsert yang bakal berlangsung tiga jam di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara itu menampilkan pejuang irama dangdut tempatan, Ani Mayuni serta penyanyi dangdut popular dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek Klepek dan Rhena Morena.

    Turut hadir, bintang undangan yang juga pelopor genre dangdut tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram. – Agensi

    Baby Shima bakal tampil dalam Konsert Goyang Asia Koplo Milenia di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara pada 12 Ogos depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda