Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakambu yakin perpindahan lulus

    PARIS, 16 Feb – Penyerang Congo, Cedric Bakambu (gambar) yakin perpindahannya ke kelab Liga Super China (CSL) Beijing Guoan akan direalisasikan setelah kelab itu kembali daripada jelajah Portugal, kata bekas penyerang Villarreal kepada AFP.

    Perpindahan Bakambu dari Villarreal ke China hadir ketika Pertubuhan Bola Sepak China (CFA) berkata kelab-kelab akan dipotong mata bergantung pada nilai perpindahan dan akan dihalang daripada mendaftar pemain-pemain sehingga kesemua butiran dihantar kepada liga.

    “Tidak ada masalah, ia hanya soal masa,” kata Bakambu kepada AFP di Paris ketika persinggahannya kembali ke China daripada kem latihan di Portugal bersama Beijing Guoan.

    “Saya menjangkakan perpindahan akan lulus,” kata pemain berusia 26 tahun itu, yang meledakkan 32 gol dalam 75 penampilan dalam La Liga.

    “Mereka tidak mahu melakukannya secara sembunyi di sebuah hotel di Portugal.

    “Mereka mahu melakukannya di Beijing, di depan media dan para penyokong sebab itu ia agak berlarutan,” jelasnya.

    AFP bertanya kepada Bakambu jika dia ada terdengar mengenai beberapa laporan bahawa kelab mungkin mahu mengelakkan diri daripada cukai 100 peratus dalam perpindahan pemain seperti ini.

    “Saya sudah membaca banyak cerita mengenainya tetapi itu bukan urusan saya, wang bukan milik saya dan ia tidak akan pernah memasuki poket saya,” kata Bakambu, yang akan dibayar sekitar 18 juta euro setahun sebelum cukai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda