Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BAKANITA sambut Maal Hijrah

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN,  12 Sept  – Badan Kebajikan Wanita Perumahan Negara Lambak Kanan (BAKANITA) kelmarin memperingati kedatangan Maal Hijrah dalam majlis keagamaan yang diadakan di kediaman Yang Di-Pertua BAKANITA, Hajah Norbanun binti Haji Ali, di Lambak Kanan.

    Majlis turut diselajurkan dengan bacaan tahlil bagi memperingati ahli-ahlinya yang sudah kembali ke rahmatullah dan laungan Dikir Syarafil Anam bagi membesarkan hari kebesaran Islam. Majlis keagamaan tersebut bukan sahaja diadakan untuk menyemarakkan sambutan Maal Hijrah, malah mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli lama dan baharu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda