Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Bakat-bakat muda perlu digilap

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TEMBURONG, 28 JUN – Program Bola Sepak sempena Hari Bola Sepak Akar Umbi Serantau AFC 2024 telah berjaya menarik minat lebih 60 pemain berusia bawah 10 dan 12 tahun di daerah ini.

    Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Haji Mahrub bin Haji Murni semasa melancarkan program tersebut hari ini, berharap bahawa dengan potensi yang ditunjukkan oleh para pemain peringkat akar umbi itu, ia perlu digilap dan terus dibimbing agar mereka akan tampil selaku pemain yang berkaliber pada satu masa nanti.

    “Mereka merupakan pemain-pemain pelapis yang sangat berharga. Sokongan yang gigih daripada semua pihak perlu diterapkan agar minat mereka dalam sukan bola sepak tidak terkubur,” jelasnya.

    Program anjuran FABD dengan kerjasama Pertubuhan Bola Sepak Amatur Temburong (TAFA) yang berlangsung di Padang Sekolah Rendah Sultan Hashim, Batu Apoi, Temburong itu memberikan peluang kepada peserta untuk menyertai fasa latihan bola sepak dan mendapat pendedahan mengenai pengenalan teknik permainan.

    Guru Besar Sekolah Rendah Sultan Hashim, Batu Apoi, Dayang Limawati binti Galawat pada program berkenaan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang acara menimbang bola.

    Antara yang hadir bagi menyaksikan program berkenaan ialah Yang Dipertua TAFA, Haji Miramit bin Haji Damit dan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD.

    Aksi salah seorang peserta menimbang bola. – GAMBAR SERAHAN FABD
    Gambar ramai semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN FABD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...