Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BAL jadikan Malaysia hab serantau 2018

    KUALA LUMPUR, 2 Okt – Bajaj Auto Limited (BAL) India, pembuat motosikal ketiga terbesar dunia, akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan pengeluarannya untuk menembusi pasaran ASEAN.

    Presiden Perniagaan Antarabangsa BAL, Rakesh Sharma berkata pihaknya sedang merancang pemindahan teknologi menerusi pengwujudan jaluran pemasangan di kilang di Gurun, Kedah.

    Beliau berkata, hab pemasangan pembuatan itu dijangka bermula dalam tempoh enam bulan datang.

    Kilang itu, dimiliki anak syarikat DRB-Hicom Bhd, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).

    BAL memeterai kerjasama dengan Modenas pada April untuk membekalkan beberapa portfolio tertentu bagi “street bike”.

    “Kami sedang berusaha ke arah pembuatan di kemudahan terbaik Modenas. Ia mempunyai beberapa persamaan dengan kilang kami di Aurangabad, India dari segi kelengkapan.

    “Kelompok lazim (dari rakan kongsi terdahulu, Kawasaki Heavy Industries) dalam proses pembuatansewajarnya dapat mengurangkan kos. Saya gembira untuk memulakan operasi ini dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya kepada Bernama di luar pertemuan pengedar Bajaj-Modenas di ibu pejabat BAL di Pune, India pada Selasa minggu lepas.

    Sebanyak 35 pihak daripada pengedar Modenas dan institusi kewangan, serta 20 wakil media daripada 19 organisasi media Malaysia berada di India minggu lepas untuk melawat kilang dan mendapatkan pandangan yang lebih jelas mengenai operasi BAL serta uji pandu beberapa motosikal generasi terkini Bajaj. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda