Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Bala’ bajet Sukan Olimpik berulang lagi di Beijing

    BEIJING, 23 JAN – ‘Bala’ perbelanjaan berlebihan Olimpik nampaknya akan terjadi sekali lagi di Beijing, dengan langkah kawalan COVID-19 yang ketat dan kerugian dalam hasil jualan tiket meningkatkan kos untuk China.

    Bukan sesuatu yang luar biasa bagi negara-negara untuk mencari penaja agar dapat menganjurkan Sukan Olimpik, tetapi pandemik dan pendekatan sifar COVID-19 telah menjadikan persiapan untuk Sukan Musim Sejuk pada 4 hingga 20 Februari sangat sukar.

    Dengan peningkatan perintah kawalan ketat dilaksanakan ketika penularan setempat di China, penganjur telah mengumumkan pada minggu lalu bahawa mereka tidak menjual tiket kepada orang awam kerana situasi COVID-19.

    Walau bagaimanapun, undangan akan diberikan kepada orang yang terpilih sahaja. Ahli jawatankuasa penganjur pada awalnya telah mengira hasil jualan tiket akan bernilai sebanyak AS$118 juta.

    Jumlah itu telah menjadi persoalan selepas disahkan pada tahun lalu bahawa tidak akan ada penonton antarabangsa di acara Sukan tersebut disebabkan oleh keperluan untuk kuarantin selama berminggu-minggu dan penutupan sempadan.

    Bajet adalah bahagian penting untuk China setelah dianugerahkan untuk mengelola acara Sukan tersebut, dengan Beijing memenangi bidaan itu ke atas pesaing lain apabila bandar lain berundur kerana kos yang tinggi.

    Pengurus komunikasi Olimpik Beijing, Zhao Weidong, baru-baru ini telah mengaku kepada wartawan bahawa pandemik mungkin menjadi satu alasan untuk meningkatkan kos perbelanjaan.

    Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perkara yang lain boleh dikurangkan, tanpa memberikan maklumat lebih lanjut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...