Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balai bomba atas air akan diwujudkan

    KOTA KINABALU, 31 Julai – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menubuhkan balai bomba perkampungan atas air tahun depan bagi menangani isu kebakaran di perkampungan berkenaan khususnya di Sabah yang dilihat semakin serius.

    Ketua Pengarahnya Mohammad Hamdan Wahid berkata penubuhan balai bomba berkenaan akan dibuat menerusi kerjasama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

    Kerjasama itu antaranya melibatkan pelebaran laluan di perkampungan atas air bagi memudahkan treler pam memasuki kawasan perkampungan, katanya kepada pemberita selepas Kursus Tamat Latihan Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2018 di sini hari ini.

    Keputusan JBPM itu menyusuli kejadian kebakaran di Kampung Cenderamata Dua, Likas dekat sini pada 24 Julai lalu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 150 buah rumah musnah dijilat api.

    Mohammad Hamdan berkata JBPM juga akan menyediakan bot bagi membawa pesakit jauh dari kawasan kebakaran.

    Sementara itu, beliau berpuas hati kesemua 120 pegawai pelatih bomba berjaya menamatkan latihan dalam keadaan sihat tanpa sebarang kemudaratan dan kecederaan.

    Mereka melibatkan 113 lelaki dan tujuh wanita dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

    Katanya pegawai pelatih terbabit akan mengisi sebahagian daripada sekurang-kurangnya 1,200 jawatan kosong di 29 balai bomba baharu yang bakal dibangunkan di seluruh negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda