Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balai bomba mini dibina di Bukit Timbalai Labuan

    LABUAN, 23 FEB – Sebuah balai bomba dan penyelamat mini dengan kos antara RM3 juta dan RM5 juta akan dibina di Jalan Bukit Timbalai di sini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Ismaidi Ismail.

    Katanya balai bomba itu akan dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

    “Adanya balai bomba Kelas D dengan 21 kakitangan itu akan mempercepat respons kecemasan di kawasan Jalan Bukit Timbalai dan kampung-kampung berdekatan iaitu Kiamsam, Sungai Miri serta Bedaun yang pada masa ini menerima perkhidmatan daripada Balai Bomba Layangan,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Senator Bashir Alias ​​di pejabat senator itu, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda