Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balai Bomba Seria terima wakaf

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 29 Mei – Balai Bomba Seria telah menerima sumbangan wakaf buat kegunaan di surau dan balai bomba tersebut, di sini.

    Stesen Komander Balai Bomba Seria, Pegawai Balai Awang Muhammad Ali bin Hassan, hari ini, memberitahu bahawa sumbangan tersebut berupa sebuah penghawa dingin dengan kekuatan 1.5hp bagi keperluan Surau Balai Bomba Seria, sementara itu sumbangan wakaf berupa dispenser air jenis Aifa WDC 301 adalah untuk kegunaan balai bomba tersebut.

    Menurutnya, satu unit penyaman udara tersebut telah diwakafkan oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada Awang Mohd Amin bin Tengah, Haji Mohd Yunus bin Tengah, Hajah Saadiah binti Haji Tujoh, Dayang Asmah binti Tengah, Dayang Fatimah binti Tengah dan Dayang Rapeah binti Haji Ahmad.

    Manakala itu, wakaf dispenser air pula adalah daripada Awang M. Muhalmin Dudin serta keluarga yang telah diserahkan kepada Pegawai Balai Awang Muhammad Ali pada majlis penyerahannya di Balai Bomba Seria.

    Pegawai Balai Awang Muhammad Ali, mewakili pihak bomba berkenaan, telah merakamkan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang berkenaan.

    Awang M. Muhalmin Din menyerahkan dispenser air kepada Pegawai Balai Awang Muhammad Ali.
    Awang M. Muhalmin Din menyerahkan dispenser air kepada Pegawai Balai Awang Muhammad Ali.
    Sumbangan wakaf berupa sebuah unit alat penyaman udara bagi kegunaan Surau Balai Bomba Seria.
    Sumbangan wakaf berupa sebuah unit alat penyaman udara bagi kegunaan Surau Balai Bomba Seria.

    Sementara itu, para penyumbang pula memberitahu, wakaf berkenaan adalah bagi menghargai tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh anggota bomba dan penyelamat dalam menyelamat nyawa dan harta selama ini.

    Seterusnya mereka berkata, sumbangan wakaf itu juga adalah dengan niat yang ikhlas daripada mereka sekeluarga dan juga sebagai amal kebajikan sempena bulan Ramadan ini.

    Pegawai Balai Awang Muhammad Ali kemudiannya menambah, dengan adanya sumbangan wakaf untuk kegunaan surau itu akan lebih menyelesakan jemaah terutama semasa Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda