Balai cerap terjejas susulan COVID-19

SANTIAGO, 12 JUN – Ahli astronomi di utara Chile terpaksa menutup teleskop paling berkuasa di dunia, sekali gus berisiko tidak dapat melihat supernova dan ruang angkasa.

Saintis, John Carpenter mengakui tidak lagi dapat memanfaatkan langit di gurun Atacama, Chile sejak akhir Mac lalu, apabila balai cerap terkenal di dunia itu ditutup.

Ini menyebabkan orang ramai tidak maklum dengan fenomena sementara yang berlaku secara rawak dinyatakan astronomi, seperti Gamma-Ray Burst (GRB) atau supernova.

“Mana-mana GRB atau supernova akan hilang ketika ia ditutup, kita tak akan dapat melihatnya. Kita akan terlepas peluang untuk melihatnya kerana ia terlalu pantas dan semakin pudar.

“Kini juga masa kritikal untuk memantau Betelgeuse, iaitu bintang merah gergasi di buruj Orion yang juga ke-10 terbesar di langit ketika malam, yang tiba-tiba malap, mendorong spekulasi ia boleh meletup walaupun berdekad lamanya,” katanya.

Sebanyak 150,000 kes jangkitan dengan 2,450 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Chile.

Sementara itu, Ketua Pejabat Sains Balai Cerap Eropah Selatan (ESO), Itziar de Gregorio, berkata sejumlah kecil orang menjaga balai cerap tetapi kerja cerapan tidak akan dilakukan, selain saintis berkemungkinan mendapat peluang kerja lain.

“Fenomena ini selalunya tidak unik. Jika ia terjadi hari ini, ia nasib malang tetapi kalau tahun depan pasti lebih banyak yang akan datang,” katanya. – AFP