Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Balai Ibadat Nur Taqwa, Kampung Ujong Klinik/Sungai Siamas, semalam, telah mengadakan Majlis Ihsan Ramadan yang diselajurkan dengan bertahlil dan bersungkai beramai-ramai.
Di majlis itu, lapan orang warga emas, dua orang balu dan seorang penduduk orang kurang upaya telah menerima sumbangan.
Hadir bagi menyampaikan sumbangan berkebajikan itu ialah Pemangku Imam Balai Ibadat Nur Taqwa, Haji Bakir bin Haji Mahmud.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bertahlil beramai-ramai yang diketuai oleh imam terawih balai ibadat bagi bulan Ramadan, Haji Mohd Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan.
