Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balak, jentera bernilai RM17 juta dipulangkan

    KUCHING, 2 Nov – Kerajaan Sarawak telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat keputusan jawatankuasa penyiasatan mendapati tiada kes terhadap sebuah syarikat pembalakan sehingga menyaksikan balak serta jentera dirampas bernilai kira-kira RM7juta dipulangkan semula.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan turut melibatkan wakil daripada unit keselamatan Pejabat Ketua Menteri.

    “Sama ada berlaku rasuah atau tidak, biar mereka (jawatankuasa) siasat,” katanya kepada pemberita selepas Program Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri bertemakan ‘Memperkasa Integriti dan Tadbir Urus Untuk Pembangunan Mapan’ di sini hari ini.

    Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan sejumlah 3,500 batang balak dan 14 jentera berat bernilai kira-kira RM7 juta yang dirampas kerana disyaki diperolehi secara haram di Bintulu pada Ogos lalu, telah dipulangkan semula selepas jawatakuasa penyiasatan mendapati tiada kes kerana operasi pembalakan dijalankan di kawasan yang dibenarkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda