MILAN, 1 Mei – Keita Balde meledakkan dua gol ketika Lazio mencalarkan derby terakhir Francesco Totti sebagai seorang pemain dengan kemenangan 3-1 ke atas Roma, yang mungkin menjejaskan usaha mereka mengakhiri musim di kedudukan kedua teratas Serie A.
Roma menjadi hos kepada pesaing bandar mereka dengan sasaran untuk mengekalkan cabaran gelaran dengan pendahulu Juventus, yang seri 2-2 di Atalanta.
Tetapi keciciran Juve itu tidak cukup untuk memberikan rangsangan secukupnya kepada Roma, yang sepatutnya menjadi derby terakhir Totti dalam musim terakhirnya dalam liga teratas Itali menghampiri penghujungnya.
Skuad Luciano Spalletti secara fizikalnya berada di Stadio Olimpico, tetapi secara mentalitinya berada di tempat lain apabila mereka bergelut mempamerkan permainan pantas mereka menentang Lazio, yang bergelut untuk mendapatkan tempat ke persaingan Eropah.

Roma kekal sembilan mata di belakang Juventus, tetapi Napoli kini hanya satu mata di belakang mereka di tempat ketiga.
Spalletti berkata Roma ‘kurang bersinar’ tetapi berkata pemain-pemainnya akhirnya terpaksa ‘mendiamkan diri dan menerima bidasan’.
“Kami telah membuat beberapa keputusan yang salah. Kami seharusnya menguasai lebih banyak bola, tetapi kami bergelut untuk memberikan respons ketika mereka membuat serangan balas.”
Pemain tengah Lazio, Lucas Biglia berkata bahawa mereka berazam kuat untuk mendapatkan kemenangan. – AFP