Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bale cuba kekalkan momentum

    MADRID, 27 Feb – Gareth Bale dan Real Madrid, masing-masing berkemungkinan sudah mendapatkan sentuhan semula namun cabaran mereka sekarang adalah untuk mengekalkan momentum menjelang pertemuan dengan Paris Saint-Germain (PSG) bagi Liga Juara-Juara.

    Real berkunjung ke Espanyol untuk La Liga hari ini, dengan harapan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendahulu Barcelona yang akan membuat kunjungan ke Las Palmas dua hari kemudian. Sementara itu Atletico Madrid di tangga kedua akan berhadapan Leganes, esok.

    Namun, dengan Barca 14 mata mengatasi Los Blancos dan semakin jauh daripada jangkauan, keutamaan bagi pasukan Zinedine Zidane adalah untuk meneruskan kemenangan selepas memenangi lima perlawanan berturut-turut.

    Bale pastinya bersemangat selepas mengalami kecederaan musim ini namun menunjukkan persembahan hebat dengan menjaringkan gol ketika membelasah Alaves 4-0 kelmarin.

    Bakal menghadapi pertemuan dengan PSG minggu depan dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara, pemain dari Wales itu berhasrat untuk mengulangi prestasi terbaiknya dengan gandingan bersama Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema, yang digelar Real sebagai ‘BBC.’

    Namun, kedudukan Bale tidak terjamin, dia telah tersingkir daripada perlawanan menentang Leganes minggu lalu, sementara Zidane memilih untuk menurunkan Isco pada pertemuan menentang PSG, ketika pasukannya mendahului 3-1.

    Pemain berbakat, Marco Asensio turut memberi sumbangan gol meskipun beraksi sebagai pemain simpanan.

    Namun, pada tahap terbaiknya, Bale masih mampu menjadi pemain hebat dan Espanyol mungkin akan berhadapan dengan musuh lain untuk membuktikan kehebatan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda