Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Bale pimpin Wales ke pusingan playoff

CARDIFF, 25 MAC – Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Wales, Robert Page memuji gol pertama Gareth Bale sebagai sepakan percuma terbaik yang pernah dia saksikan selepas dua gol daripada bintang Real Madrid itu membantu pasukan mengalahkan Austria 2-1 dan membawa pasukan ke peringkat akhir playoff Piala Dunia.

Anak buah Page akan bertemu Scotland atau Ukraine pada Jun untuk menamatkan penantian selama 64 tahun beraksi di Piala Dunia selepas Bale sekali lagi mempamerkan aksi terbaik untuk negaranya.

Selepas jaringan sepakan percuma yang menarik, Bale sekali lagi meledak gol pada separuh masa kedua untuk memberikan pasukan tuan rumah kelebihan dua gol.

Jaringan sendiri dari Ben Davies merapatkan jurang mata buat Austria, tetapi Wales bertahan untuk menghampiri satu lagi perlawanan sebelum layak ke pentas terbesar dalam arena bola sepak.

“Sepakan percuma itu adalah yang terbaik pernah saya saksikan seumur hidup saya.”

Bale hampir tidak terlibat dalam pasukan semasa kontraknya bersama Real Madrid bakal mansuh.

Bintang berusia 32 tahun itu hanya beraksi 77 minit di peringkat kelab sejak tempoh rehat perlawanan antarabangsa pada November dan membuatkan pengkritik geram di ibu kota Sepanyol selepas dia mengesahkan bahawa dirinya tidak cergas untuk bermain semasa kekalahan 4-0 ke atas Barcelona hujung minggu lalu. – AFP

Reaksi Gareth Bale selepas menjaringkan gol untuk Wales dalam pertemuan menentang Austria, kelmarin.- AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -