LONDON, 30 DIS – Gareth Bale yang kembali ke pangkuan Tottenham dihimpit dengan masalah kecederaan baharu apabila pemain antarabangsa Wales itu dijangka berehat sekurang-kurangnya dua minggu akibat cedera di bahagian betis.
Bale mengalami kecederaan berkenaan minggu lalu di suku akhir Piala Liga ketika mengalahkan Stoke, di mana dia menjaringkan gol ketiga dalam 11 penampilan sejak menyertai Spurs secara pinjaman dari Real Madrid.
Bagaimanapun, kebanyakan aksinya dapat dilihat di Liga Europa tatkala impaknya untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) agak terhad dengan hanya sekali diturunkan dalam kesebelasan utama.
Bale sebelum ini mengalami beberapa kecede-raan di bahagian betis ketika di Madrid dan tiga bulan selepas kembali ke London, dia masih belum mendapat tahap kecergasan terbaik.
“Saya tidak mengatakan ia sangat serius namun mengambil masa beberapa minggu. Saya tidak menjangkakan dia akan kembali cergas dan saya tidak risau kerana Lucas (Moura) dan (Carlos) Vinicius akan kembali cergas,” kata Mourinho.
Kekurangan pilihan di bahagian serangan memaksa Mourinho hanya bergantung harap kepada Harry Kane dan Son Heung Min. – AFP