Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bali mulakan vaksinasi secara pandu lalu

    JAKARTA, 1 MAC – Pulau peranginan Bali, Indonesia hari ini melancarkan kempen vaksinasi secara pandu lalu, menyasarkan petugas kesihatan, ketika pulau popular dengan pelancong itu berhasrat membukakan pintunya kepada pelancong asing.

    Digelar kempen pertama seumpamanya di Asia Tenggara, vaksinasi pandu lalu Bali bermula pada hujung minggu. Program itu berhasrat menginokulasi sekitar 5,000 petugas kesihatan di hospital dan perkhidmatan ride-hailing menjelang hujung bulan ini.

    Kempen itu dilancarkan di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali di ibu kota Denpasar, Bali, dengan kerjasama gergasi ride-hailing Asia Tenggara, Grab.

    “Program vaksinasi pandu lalu ini baik kerana bagi kami yang bekerja sebagai pemandu di jalanan setiap hari, kami mudah terdedah kepada virus ini,” kata pemandu ride-hailing, Zul Widodo kepada AFP.

    Vaksinasi pandu lalu dilaksanakan seiring dengan kempen vaksinasi seluruh negara Indonesia yang bermula dalam Januari dengan suntikan CoronaVac dari China.

    Indonesia, negara keempat paling padat di dunia, merancang untuk menginokulasi lebih daripada 180 juta daripada hampir 270 juta penduduknya. – AFP

    Salah seorang penerima vaksin memerhatikan petugas kesihatan menyuntik vaksin ke lengannya dari dalam kereta semasa kempen vaksinasi pandu lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda