Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bali umum darurat kemarau 14 hari

    JAKARTA, 19 OKT – Kerajaan serantau wilayah Bali, sebuah pulau peranginan terkenal di Indonesia, mengumumkan hari ini status amaran kecemasan kemarau yang akan kekal berkuat kuasa selama 14 hari, berikutan peningkatan bencana kemarau di rantau itu, baru-baru ini.

    “Kami telah memutuskan untuk menetapkan status kesiapsiagaan kecemasan bencana selama 14 hari ke depan, mulai hari ini,” kata Pemangku Gabenor Bali, Sang Made Mahendra di pejabatnya di Bali.

    Mahendra berkata, keadaan cuaca ekstrem di Bali sejak Julai hingga Oktober menyebabkan 113 kampung mengalami kekurangan air bersih dan menyebabkan kebakaran hutan atau tanah di 10 kawasan termasuk Denpasar, ibu kota wilayah itu.

    “Kita akan berusaha untuk memadamkan kebakaran yang masih marak ketika ini termasuk memberi bantuan kepada kawasan yang mengalami kemarau dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk mengubah suai cuaca.

    Jika tidak dapat menanganinya dengan baik, kita khuatir kesannya akan merebak lebih meluas,” kata Mahendra. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...