Wednesday, March 26, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balik kampung dengan AirAsia dan Raya tanpa sempadan

    Hari Raya Aidilfitri semakin dekat, semangat balik kampung menjadi semakin rancak! Rindu terhadap kampung halaman juga semakin terasa…

    Walaupun dunia telah banyak berubah menuju pemodenan, perjalanan balik kampung tetap kekal sebagai tradisi berjiwa yang diwarisi turun-temurun.

    Cerita Raya bermula dengan perjalanan balik kampung

    Setiap kampung halaman membawa makna yang tersendiri bagi individu yang berlainan. Sama ada di desa atau bandar, apabila tibanya musim perayaan, kampunglah yang menjadi sandaran sekeluarga untuk saling mengingati dan bersemuka. 

    Bagi awda yang merantau jauh, kampung halaman mampu mengubati rindu anda terhadap atuk dan nenek, ibu bapa, sanak saudara dan ramai lagi.

    Sudah pastinya, setiap sambutan hari raya di kampung turut terbayang keenakan Ketupat, Lemang Rendang, Serunding, Lontong dan Laksa. Gambaran ini akan diserikan lagi dengan keseronokan bersantai bersama keluarga dan kawan, serta amalan menziarahi saudara mara atau seseorang yang istimewa.   

    Saat manis bersama keluarga tersayang

    Sebut sahaja balik kampung, hati terus menjadi girang! Selain masakan tradisional yang menanti awda, banyak lagi cerita dan kenangan menarik yang bakal dikongsi bersama. 

    Suasana perayaan yang meriah dan syiok di kampung bukan sahaja membuatkan perjalanan anda berbaloi, malah mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan hubungan awda bersama warga masyarakat. Setahun sekali, saat keemasan inilah awda berpeluang bertemu dengan orang tersayang dan sesiapa sahaja yang telah sekian lama tidak berjumpa.

    Bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada keluarga atau bekerja di luar negara, bisikan balik kampung sentiasa terdengar di telinga menjelang hari lebaran. Kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman menjadi pembakar semangat untuk bertemu semula.

    Berada di pangkuan kampung halaman membolehkan awda menyelami nilai kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dengan lebih mendalam. Dengan kata lain, kasih sayang keluarga dan keharmonian masyarakat menyahihkan ungkapan “jauh di mata, dekat di hati”.

    Perjalanan tahunan yang paling penting

    Setiap perjalanan balik kampung bukan sahaja mengisahkan episod pertemuan semula setelah sekian lama berpisah, malah menggamit memori yang indah bersama keluarga. Atas sebab inilah balik kampung dianggap sebagai perjalanan tahunan yang paling penting dan wajib.

    Namun perjalanan yang ditunggu-tunggu ini perlu dirancang awal memandangkan balik kampung menjelang Hari Raya Aidilfitri merupakan satu fenomena yang berlaku di seluruh negara, bahkan serantau. Ramai yang mengambil cuti tahunan untuk meraikannya bersama keluarga tersayang di kampung halaman. 

    Banyak betul detik berharga yang menanti anda di kampung halaman. Setiap saat manis yang dikongsi dan dinikmati bersama merapatkan lagi hubungan awda dengan sesiapa sahaja.

    Jarak bukan penghalang

    Awda mungkin berada di suatu tempat sejauh 1,500 kilometer ataupun 300 kilometer,  tidak kiralah di mana anda berada, tradisi balik kampung telahpun berakar umbi dalam masyarakat kita sejak turun temurun. Dahulunya kita kanak-kanak, kini orang dewasa, setiap Raya pasti mengimbau nostalgia sambil mengukir lembaran baru.

    Bak kata penghijrahan besar-besaran, 

    walaupun setiap musim perayaan akan mencetuskan kesesakan lalu lintas di merata tempat, namun pengangkutan udara ada kelebihannya.

    Bagi mereka yang perlu merentasi sempadan negeri termasuk Laut China Selatan, penerbangan udara mampu mengelakkan kesesakan di darat.

    Rancang perjalanan anda dengan mudah dan cepat dengan AirAsia

    Sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara dan selanjutnya, Kuala Lumpur menawarkan sambungan yang luas ke semua negara ASEAN dan destinasi lebih jauh lagi termasuk China, Jepun dan Australia.

    Kedua-dua Kuala Lumpur dan Jakarta adalah destinasi popular setiap musim Raya. Sekiranya perjalanan balik kampung awda melibatkan mana-mana destinasi ini, AirAsia bersedia menyempurnakan perancangan anda dengan beberapa klik sahaja!

    Sebagai contoh, penerbangan AirAsia dari Bandar Seri Begawan (BWN) ke Kuala Lumpur (KUL) dan Jakarta (CGK) masing-masing mengambil masa kira-kira 2 jam dan 20 minit, dan 2 jam dan 30 minit sahaja.

    Sekiranya anda memerlukan penginapan sekali gus, semua ini boleh disempurnakan dengan kemudahan tempahan AirAsia yang komprehensif.

    Tambang sehala all-in serendah BND139

    Bagi memastikan lebih ramai orang boleh pulang ke kampung halaman dengan harga yang berpatutan, AirAsia menawarkan tambang sehala all-in serendah BND139 bagi penerbangan dari Brunei ke Kuala Lumpur atau Jakarta. Tawaran ini sah bagi tempahan dari sekarang hingga 6 April 2025 untuk perjalanan yang berlaku dalam rangka masa dari sekarang hingga 30 November 2025. 

    Seronok, baloi dan memberikan ketersampaian di merata sudut, penerbangan bersama AirAsia meliputi benua Asia, termasuk seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya seperti China, Jepun dan Australia.

    Tempahan dalam talian mudah sahaja

    Klik dan muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui pautan di bawah:

    https://www.airasia.com/en/gb

    untuk menikmati tawaran eksklusif ahli serta mengumpul mata ganjaran. Aplikasi ini turut membolehkan anda daftar masuk (check in) seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas dan menggunakan e-Boarding Pass untuk menaiki penerbangan.

    “Selamat Hari Raya” dan “Maaf Zahir dan Batin”.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda