Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balik ke pangkuan dia? Minta dijauhkan – Bella Astillah

    Bella Astillah menafikan tanggapan warganet konon mahu kembali ke pangkuan bekas suami, Aliff Aziz susulan hantaran berkaitan pengumuman istimewa di Instagram (IG), kelmarin.

    Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabella Awang Astillah, berkata pengumuman istimewa itu adalah gimik Konsert A Night With Sumandak Stars-Ceritera Hatiku yang akan dijayakan pada 30 November depan, lapor BH Online.

    “Saya buat hantaran itu atas permintaan penganjur dan persetujuan keluarga. Saya tidak pernah lagi buat hantaran sebegitu. Kalau orang komen sebegitu (berbaik semula dengan Aliff) saya minta dijauhkan.

    “Saya minta maaf kalau ada yang risau dan saya bersyukur kerana ia bermaksud ada yang ambil berat.

    “Saya sekarang hendak fokus pada anak-anak sahaja, jadi, apabila saya baca komen yang mengandaikan saya mahu kembali bersama, jangan risau sebab perkara itu tidak akan terjadi.

    “Hantaran di IG itu adalah berkaitan konsert. Itu sebab saya cakap saya berharap semua dapat menerima dengan baik. Disebabkan ini julung kalinya saya buat konsert. Untuk buat konsert seperti ini, tidak mudah. Alhamdulillah diberikan kesempatan dan peluang ini untuk bersama rakan-rakan berbakat besar,” katanya pada sidang media Konsert A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku kelmarin.

    Konsert yang akan dipentaskan di Zepp Kuala Lumpur itu akan menggabungkan Bella bersama penyanyi berasal dari Sabah iaitu Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah.

    Bella berkata, dia tidak menduga ramai yang akan menganggap dia akan kembali dengan Aliff melalui hantaran itu. – Agensi

    Bella dan Aliff berpisah selepas lapan tahun hidup bersama. – The New Strait Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda