Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balotelli ledak gol sulung

    MILAN, 31 DIS – Mario Balotelli membuat penampilan pertama yang menyerlah bersama kelab barunya, Monza, kelmarin selepas menjaringkan gol sulung bersama kelab baharunya tiga minit selepas membuat penampilan pertama untuk pasukan Silvio Berlusconi.

    Pemain kebangsaan Itali, Balotelli menandatangani perjanjian sehingga Jun bersama pasukan Serie B pada bulan ini dan membuat impak segera apabila dia menerima hantaran lintang Carlos Augusto untuk meletakkan pasukannya 3-0 di hadapan ke atas pesaing mereka, Salernitana.

    Balotelli, tanpa sebarang kelab sejak musim panas sebelum ditandatangani kelab berpangkalan luar Milan, turut memiliki gol yang dibatalkan kerana keputusan ofsaid sebelum ditukar selepas satu jam perlawanan.

    Antonino Barilla meletakkan pasukan tuan rumah dua gol di hadapan sebelum tamat separuh masa kedua, dan pemain gantian, Marco Armellino memastikan kemenangan diraih untuk membawa Monza hanya dua mata dari dua kedudukan promosi secara automatik ketika dia menambah gol ketiga pada masa kecederaan.

    Salernitana sebelum ini menerajui divisyen kedua liga Itali pada permulaan musim tetapi jatuh ke tangga kedua selepas mencatat kekalahan, menyebabkan mereka berkongsi 31 mata dengan pendahulu baharu, Empoli.

    “Mario perlu bermain. Saya bertindak berani meletakkan dia pada permulaan tetapi dia bermain dengan baik,” kata pengurus Monza, Cristian Broochi.

    “Harapan kami agar dia terus memperbaiki kecergasan dirinya kerana dia mempunyai kualiti yang tidak dapat dinafikan.”

    Bekas pemilik AC Milan dan perdana menteri Itali, Berlusconi membeli Monza pada September 2018 sekitar tiga juta euro dengan kelab di divisyen tiga selepas menjual sekitar 740 juta euro pada April 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda