Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balotelli pikul beban berat

    PARIS, 29 Mac – Marseille akan menerima kunjungan Angers esok tatkala prestasi meningkat yang dipamerkan skuad Mediterranean dibantu oleh jaringan dan aksi mantap penyerang Itali, Mario Balotelli.

    Marseille tewas 3-1 di tangan Paris Saint-Germain sebelum aksi antarabangsa tetapi lima jaringan Balotelli dalam lapan penampilan sejak menyertai kelab itu pada Januari lalu sedikit me-rangsang skuad.

    “Kami boleh mengharapkan dia,” kata presiden kelab, Jacques-Henri Eyraud.

    Jurulatih Rudi Garcia bersetuju dan berkata: “Apabila anda kecewa dan berdepan tekanan, anda boleh mencarinya dan dia boleh mengawal bola dan bekerjasama dengan semua pemain.”

    Didier Drogba minggu lalu mengakui bahawa Balotelli di Marseille merupakan sesuatu yang baik baginya.

    “Raih peluang itu. Lakukannya. Ia adalah kelab yang akan meningkatkan prestasi anda,” beritahu Drogba kepada pemain 28 tahun itu.

    Penyerang itu direhatkan selepas Roberto Mancini mengetepikannya daripada skuad Itali bagi aksi kelayakan Euro 2020 baru-baru ini yang menurutnya, dia belum cergas sekali gus menyebabkan pemain itu membuat kenyataan melalui Instagram, dia ‘letih’ kerana dipandang rendah.

    Pemilik kelab, Frank McCourt melancarkan ‘Projek Juara’ untuk membawa Marseille kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara dan pasukannya kini tercicir sembilan mata daripada sasaran itu dengan berbaki sembilan perlawanan.

    “Kami sangat berpuas hati dengan cara dia menyesuaikan diri dan sumbangannya di atas padang,” kata Eyraud.

    Pesaing terdekat Marseille menuju slot terakhir Liga Juara-Juara adalah Lyon yang kini menghuni tangga ketiga dan perlawanan pemanasan badan menjelang aksi separuh akhir Piala Perancis menentang Rennes tanpa kelibat pemain-pemain utama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda