Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balu terima bantuan makanan asasi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab kepada Rakan Seliaan (RS), Aftercare Support Association (ASFA) telah menyerahkan derma dan bantuan makanan asasi kepada balu Allahyarham Awang Mohd Lamauddin bin Haji Hamdani (RS) di Kampung Belimbing, Subok, baru-baru ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian derma dan bantuan berkenaan ialah Yang Dipertua ASFA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan; Timbalan Yang Dipertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri, pegawai-pegawai dari Pusat Reintegrasi, ahli AFSA dan balu Allahyarham iaitu Dayang Siti Roziana binti Haji Abdul Rahman serta keluarga.

    Menurut Haji Mustapa, penyerahan bantuan berkenaan adalah sebagai rasa tanda keprihatinan dan tanggungjawab yang mendalam kepada RS walaupun mereka tidak lagi bersama persatuan berkenaan.

    Beliau menerangkan bahawa AFSA bertanggungjawab memberikan sedikit bantuan kepada keluarga mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.

    “Ini juga merupakan langkah strategik bagi Persatuan AFSA mendekat keluarga mereka dan masyarakat di sekitarnya bahawa masih ada orang yang sedia membantu dan mendengar permasalahan mereka,” tambah beliau.

    Hajah Juhana (lima, kiri) menyampaikan derma dan bantuan kepada Dayang Siti Roziana pada majlis penyerahan derma dan bantuan makanan asasi di Kampung Belimbing, Subok. – Gambar serahan AFSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda