Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    BAM gantung Zii Jia, Jin Wei, dua tahun

    KUALA LUMPUR, 21 JAN – Pemain badminton perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Zii Jia yang mahu berhenti daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), terpaksa membayar harga yang tinggi apabila badan itu memutuskan untuk menggantungnya daripada bermain dalam kejohanan antarabangsa untuk tempoh dua tahun.

    Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunood berkata pihaknya tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun, bermula 18 Januari.

    Jahaberdeen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perundangan BAM berkata persatuan itu telah pun mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pemain nombor tujuh dunia itu, sejak beliau menghantarkan surat peletakan jawatannya pada 11 Januari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...