Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BAM nafi Zii Jia tinggalkan persatuan

    KUALA LUMPUR, 30 DIS – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan laporan mengaitkan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia meninggalkan badan induk berkenaan.

    Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata pemain di ranking ketujuh dunia itu langsung tidak mengetahui tentang spekulasi mengatakan dirinya keluar daripada persatuan itu.

    “Keazaman dan visinya kekal sama, sebagai pemain perseorangan lelaki kebangsaan negara ini. Dia 100 peratus memberikan fokus terhadap Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya di laman Facebook BAM hari ini.

    Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan bahawa juara All England 2021 itu akan meninggalkan BAM dan meneruskan karier sebagai pemain profesional. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda