Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BAM pisahkan pasangan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei

    KUALA LUMPUR, 28 MAC – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa gandingan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, akan dipisahkan bagi kejohanan akan datang.

    Menurut kenyataan di laman Facebook BAM, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa prestasi baru-baru ini berdasarkan cadangan daripada panel kejurulatihan, termasuk Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky, dan Ketua Jurulatih Beregu Campuran, Nova Widianto.

    “Kami telah bersetuju memberi masa kepada jurulatih untuk mencuba kombinasi baharu yang berpotensi,” kata kenyataan itu. Isnin lepas, Nova mendedahkan bahawa Tang Jie dan Ee Wei digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan, susulan ketegangan dalam hubungan mereka ketika ini.

    Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pasangan beregu campuran ranking keempat dunia itu, menyelesaikan isu antara mereka. – Bernama

    Aksi beregu Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, ketika menentang pemain dari Thailand Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran pada Kejohanan Master Indonesia. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda