Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BAM sasar ke separuh akhir BATC 2024

    SHAH ALAM, 18 JAN – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir untuk skuad negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam, bermula 13 hingga 18 Februari ini.

    Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, berkata pihaknya menyerahkan kepada barisan kejurulatihan diketuai Pengarah Kejurulatihan Akademi Badmiton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, dalam menentukan pemain bakal berada dalam skuad negara itu.

    Beliau yakin barisan pemain terbaik akan dipersiapkan untuk menggalas cabaran negara di kejohanan yang turut menjadi medan kelayakan Piala Thomas dan Uber yang dijadual berlangsung di Chengdu, China pada 28 April hingga 5 Mei depan.

    “Setakat ini, mungkin barisan kejurulatihan masih memerlukan masa jadi kami masih menunggu senarai pemain badminton negara sebab tarikh akhir ialah 26 Januari untuk membuat pendaftaran pemain.”

    “…kami sasarkan untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir sebab empat pasukan terbaik memang layak (ke Piala Thomas dan Piala Uber) dan mara secara merit,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kejohanan berkenaan di Courtyard by Marriot Setia Alam, hari ini.”

    Kejohanan BATC 2024 menyaksikan 15 pasukan dengan China, Indonesia, Jepun dan penyandang juara Malaysia sebagai empat pasukan teratas diikuti India, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kazakhstan, Arab Saudi, Myanmar dan Brunei akan bersaing bagi mengesahkan tempat lebih awal pada Piala Thomas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...