Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BAM sasar pertahan tiga emas

    KUALA LUMPUR, 4 Jan – Skuad badminton negara mahu mengulangi kejayaan yang sama dengan punggutan tiga pingat emas di Sukan Komanwel yang berlangsung di Gold Coast, Australia pada 4 sehingga 15 April ini.

    Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata badan induk itu menyenaraikan Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Tan Wee Kiong-Goh V Shem (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Tan Kia Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran), Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita).

    “Pihak BAM akan mencadangkan nama-nama pemain tersebut pada Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 8 Januari ini.

    “Setiap pasukan hanya boleh mengisi slot lima pemain lelaki dan wanita. Secara teknikal pemain tersebut adalah prospek pingat di Sukan Komanwel nanti.

    Pada masa ini kami menyasarkan tiga pingat emas pada Sukan Komanwel,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan & Latihan (C&T) di sini, hari ini.

    Malaysia meraih tiga pingat emas sebelum ini menerusi acara beregu lelaki dan wanita iaitu Tan Wee Kiong-Goh V Shem, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan acara berpasukan campuran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda