Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BAM tidak mahu bergantung pada Zii Jia

    KUALA LUMPUR, 12 JUN – Tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

    Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia menjadi tanggungjawab pengarah kejurulatihan perseorangan BAM, Wong Choong Hann untuk terus membangunkan bakat-bakat baharu yang mempamerkan prestasi cemerlang pada kejohanan bertaraf dunia.

    Pada masa sama, beliau berharap semua pihak memahami situasi itu dan bekerja rapat untuk melahirkan lebih banyak pemain perseorangan yang berkaliber.

    “Ia adalah usaha yang berterusan. Choong Hann tahu tanggungjawab beliau dan kita bukan sahaja ketandusan daripada segi pemain lelaki tetapi juga wanita dan ini harus diselesaikan segera. 

    “Saya rasa kita nampak daripada segi beregu lelaki mereka menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, beregu wanita Pearly Tan dan M. Thinaah sudah mencapai ranking 10 teratas dunia.- Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda