Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banana Boat tarik balik produk berisiko cetus kanser

    WASHINGTON, 1 OGOS – Pembuat sunscreen Banana Boat menarik balik semburan kulit kepala kerana ia mengandungi sejumlah kecil benzena, bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dengan pendedahan berulang.

    Edgewell Personal Care Co mengumumkan penarikan semula secara sukarela pada

    Jumaat lalu. Ia berkata benzena dikesan dalam kajian dalaman mengenai Banana Boat Hair and Scalp Spray SPF 30.

    Tiga kumpulan semburan dimasukkan dalam penarikan balik, dengan kod lot 20016AF, 20084BF dan 21139AF. Edgewell berkata tiada kumpulan lain semburan ini, dan tiada produk Banana Boat lain, dimasukkan dalam penarikan balik itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda