PARIS, 30 Mei – Akibat serangan hebat pemanasan global dan pemanasan bandar setempat, sesetengah bandar di dunia mungkin menjadi lebih panas sebanyak lapan darjah Celsius menjelang tahun 2100, penyelidik mengingatkan semalam.
Kenaikan suhu sedemikian boleh memberi kesan teruk ke atas kesihatan penghuni bandar, menyebabkan syarikat dan industri kehilangan pekerja yang berkebolehan, dan memberikan tekanan kepada sumber semula jadi seperti air.
Ramalan tersebut adalah berdasarkan andaian senario paling teruk iaitu pengeluaran gas rumah hijau akan terus meningkat sepanjang abad ke-21.
Satu perempat daripada bandar yang mempunyai paling ramai penghuni, dalam senario ini, akan melihat kenaikan merkuri sebanyak 7 C atau lebih pada akhir abad, kata satu kajian dalam jurnal Perubahan Iklim Alam.
Bagi sesetengah orang, hampir 5C daripada jumlah tersebut adalah berpunca daripada pemanasan global.

Yang selebihnya adalah disebabkan oleh kesan Pulau Balang Bandar (UHI), yang berlaku apabila taman sejuk, empangan dan tasik diganti oleh konkrit pengalir haba dan asfalt, sekali gus menjadikan bandar lebih panas daripada kawasan sekeliling mereka, kata penyelidik.
“Lima peratus bandar setiap penduduk mungkin melihat pertambahan dalam suhu kira-kira 8 darjah dan lebih tinggi,” beritahu penulis bersama kajian Francisco Estrada daripada Institut Kajian Alam Sekitar di Belanda kepada AFP.
Estrada dan satu kumpulan menggunakan ramalan berlainan mengenai pemanasan planet, bersama dengan kesan UHI dan risiko berpotensi, untuk menganggarkan kos masa depan pemanasan ke atas bandar. – AFP